Segalanya hampir tak terluah, aku tak tahu bagaimana harus menzahirkan rasa yang tersirat dalam hati. Walaupun aku tau, saratnya kekecewaan yang bersarang dalam dada. Sebahagian besarnya adalah tentang ‘dia’. Walau berkali aku tegaskan yang aku lebih mengamalkan sikap terbuka dalam berhubungan, namun itu tidak membuatkan dia bertindak dan bersikap lebih jujur. Aku tahu, salah satu sebab mungkin datangnya dari diriku sendiri; yang baginya tidak akan mengalah walau dalam apa keadaan jua sekalipun.
Mungkin baginya, aku terlalu ego, namun aku kira, dia tidak pernah belajar tentang bagaimana mau memenangi hatiku. Dia hanya tunjukkan, pada firasatnya, apa yang perlu dia tunjukkan. Mungkin bagi sesetengah orang, itu sudah memadai…
Mungkin kerana itu juga, dia cuba mendekati yang ‘lain’, dan ya, aku kecewa sedikit, mungkin juga terluka. Tapi, jika itu yang membuatkan dia lebih gembira, aku redha. Jika takdirnya perlakuan aku mengakibatkan dia berpaling pada yang lain, aku terima. Jika bahagia untuknya terletak ditangan yang lain, aku akan berusaha untuk mendoakannya.
Mungkin aku bukan yang terbaik, 11 bulan aku cuba mengekang godaan yang datang bertubi tubi dari insan lain, hanya untuk dia. Walaupun secara lisan, aku selalu menyebut tentang realiti berlainan, sebenarnya hanya untuk membuatkan dia rasa cemburu. Mungkin kerana itu jua yang membuatkan rasanya beralih arah? Entahlah, jika ya, mungkin rasa sayangnya pada aku tidak utuh walaupun apa yang diungkapkan adalah bertentangan…
Aku selalu gundah, bila dia sering melafazkan yang dia amat menyayangiku, kerana aku yakin, ayat2 itu yang akan menduganya, yang juga akan menduga aku. Ternyata kata sayang dari mulutnya bukan sekadar untuk diriku sahaja, kata rindu dari bibirnya, juga milik insan lain.
Mungkin dia sudah bersedia untuk mengosongkan sedikit ruang dihatinya untuk insan lain. Jika begitu, aku tidak akan menghalang biarpun akhirnya aku yang akan tersungkur dalam luka. Aku juga tidak akan mempertahankan rasa yang ada dalam hatiku – walaupun ia adalah milik dia.
Aku akan belajar untuk membiarkan rasa yang dipupuk itu pergi…. Sekiranya itu adalah akhirannya, aku juga tidak mungkin akan berpaling lagi… aku berharap agar cinta ini akan segera berlalu pergi….
No comments:
Post a Comment