Saturday, January 8, 2011

FILEM KITA - Berbaloi ker?

Tak der banyak yang aku nak ceritakan hari ni, Cuma kebelakangan ni agak kecewa dengan pembikin filem filem tempatan. Aku tau, ramai pengarah, penerbit dan penulis skrip berlumba-lumba nak hasilkan filem untuk kaut keuntungan memandangkan dah ramai dari penonton di Malaysia yang mula menunjukkan sokongan dan minat terhadap ‘wajah kita’. Tapi bila penonton kita dah mula berikan tindakbalas yang baik .. pembikin filem pulak ambil ringan, walhal minda penonton haruslah dihidangkan dengan wadah yang seiring, sejajar dengan selera penonton. Ini tidak, kebanyakkannya hanya tamak dengan $$$, ambil ringan tentang kehendak penonton setempat lalu menghasilkan produk yang setakat ‘boleh jerla’.

Penerbit dan pengarah filem kita sekarang ni tak teliti langsung. Asal ada skrip yang agak-agak boleh jual, dia org sambar jer. Tangkap pelakon yang ada kredibiliti atau popular sikit dah boleh bikin filem. Boleh bikin filem yang masuk panggung, padahal kalau nak dibandingkan dengan banyak drama kat TV,banyak drama TV yang lebih baik dan bijak dari filem dia orang.

Tak usah lah nak cakap pasal mutu atau kualiti filem dia orang. Dari segi masa tayangan pun dah cukup buat aku terfikir, berbaloi ke aku sokong filem orang kita? Aku zahirkan rasa tak puas hati ni semata mata kerana aku adalah penyokong tegar filem-filem tempatan. Asal ada filem Malaysia yang masuk panggung, sehabis daya aku akan cuba untuk pergi menononton dengan sedikit harapan bahawa sekurang kurangnya ia memuaskan hati aku, jika tidak membuat aku ternganga sekalipun. Damping Malam, Aku Masih Dara, Hantu Kak Limah Balik Rumah... dan beberapa buah filem lagi.. rata-ratanya tak sampai dua jam. Ada beberapa filem tu, setakat I ½ jam jer. Korang fikirlah, dah kurang ke idea penulis skrip kita, atau terlampau nak cut budget tapi nak untung besar? Filem Barat macam Avatar, Pirates of the Carribean dan Unstoppable bayar RM 10, kadang-kadang sampai nak 3 jam tayangan, sampai kebas la jugak bontot duk dalam panggung tu. Ini belum lagi ambil kira skrip dan jalan cerita yang baik. Kalau nak bandingkan teknologi, aku memang tak nak komen sebab sedar, sumber, tenaga, dana dan juga kepakaran kita masih kurang. Jadi aku tak boleh buat perbandingan,sekadar berpuas hati dengan apa yang kita ada.

Yang lebih mengecewakan , aku berharap filem-filem semasa bersifat mendidik atau paling tidak pun memberi pengetahuan pada generasi muda sekarang. Tapi berapa banyak yang macam tu? Kalau ada pun, berapa banyak sangatlah moral yang pengarah kita tonjolkan. Kalau dada dengan punggung tu, banyak la yang dia orang eksploit!

Kebelakangan ni, musim filem seram membanjiri panggung Seluruh Malaysia.. tapi banyak mana filem seram kita yang bersifat fakta yang disampaikan oleh nenek moyang kita? Dahlah anak muda sekarang dah tak percaya benda benda ni semua, bila di ketengahkan dalam filem pulak banyak fakta menyeleweng yang dia orang reka dan masukkan. Macamana kita nak mengekalkan warisan nenek moyang kita, walaupun sekadar cerita tahyul, sedangkan apa yang dihidang pada penonton lebih banyak yang mengelirukan? Contohnya santau... orang kena santau gian makan telur mentah? Atau toyol berasal dari Budak Kecil yang mati? (yang ni tak termasuk la budak kecil tu di panggil Janin – fakta ni pun dah menyeleweng). Sampaikan keluarga sebelah abang Ipar aku mengetawakan filem Jangan Pandang Belakang, tentang hantu raya yang besar dan menyerupai tuannya, padahal inilah cerita mistik yang disampaikan oleh tok nenek kita dah berzaman-zaman. Yang betul di tertawakan yang rekaan di anggap ‘realistik’.

Baiklah, aku tak nak cerita panjang panjang... sebab tak ada orang pun yang nak baca blog ni, tapi sesungguhnya aku rindu cerita-cerita yang baik seperti EMBUN, MAGIKA, ANAK SARAWAK, ABANG 92 dan beberapa cerita lagi... tolonglah wahai pembikin filem filem Malaysia, kembalikanlah keyakinan aku terhadap wajah kita..
p/s : tahniah untuk Eja dan Hitler Zami untuk filem Janin. Walaupun aku tak berapa puas hati terhadap fakta cerita ni, tapi garapan yang agak baik dan juga lakonan yang baik dari Eja. Aku harap lebih banyak cerita cerita yang ada karisma macam ni.

2 comments:

Cae said...

Assalam.. Salam 1Malaysia..
Filem kita wajah kita, itu slogan yg mana pengiat-pengiat seni selalu canang-canangkan!

Senario filem Malaysia sentiasa berubah2 sejajar dengan peredaran masa/zaman. Lambakkan filem lebih tertumpu ke arah filem2 komersial yg mana lebih menjamin kepada pulangan modal atau pun mengejar target yg telah ditetapkan oleh penerbit atau lebih kepada menggejar rekod.

Skrg "wajah kita" lebih terarah pada kisah mistik, seram dan sudah semestinya kita disogok dengan cerita2 sedemikian. Pembikin filem2 Melayu kebanyakkannya kurang arif tengang fakta, hatta fakta itu pulak lebih berunsur tokok tambah yg melampau. Jadi di mana relevannya cerita2 seram sedemikian. Adegan berubat pesakit atau org yg terkena perbuatan makhluk halus lebih kepada menjerit sambil mengucapan ayat2 suci. Perlukah atau relevankah tok bomoh/tok iman berbuat demikian? Itu belum lagi elemen2 seperti asap, kemenyan dll. Pada pendapat saya mungkin itu yg cuba disampai oleh penulis, kalau saya betul dengan telahan saya.

Tak salah kalau bikin filem lebih kepada nilai2 komersial, tp biarlah ianya yg lebih bijak.

Saya bersetuju dengan penulis bahawa, nilai atau mutu drama2 di tv lebih baik jika di bandingkan dengan filem. Kenapa ini boleh terjadi sebabnya penerbit lebih terjerat kepada populariti sesorg. Ini strategi mereka, siapa pun tiada hak untuk menghalang, waima pengarah sekali pun. Bg saya kedua2 ini boleh berkomunikasi bg menghasilkan mutu atau kualiti terhadap sesebuah naskah.

Saya antara ribuan mungkin juga jutaan peminat filem2 melayu yg tegar. Saya akan menjadi tersinggung bila filem itu dikritik atau sekadar secara sinis menempelak filem2 melayu. Lihat dan tonton dahulu baru anda mengkritik. Bukan sekadar membaca rumusan dr akhbar atau mendengar dr rakan2 anda. Sebetulnya pendapat kita memang berbeza2.

Dr segi teknologi, sumber, dana atau apa juga input untuk sesebuah naskah/filem, bg saya mereka perlu lebih berani sejajar dgn perkembangan teknologi semasa. Belajarlah dr mereka yg mahir/pakar, mintaklah pendapat dr mereka yg arif. Usaha adik beradik KRU sgt dipuji. Mereka penggerak ke arah filem2 yg berunsur sainfiksyen dan penggunaan teknologi CGI boleh dibanggakan. Ini disebabkan mereka ada ilmu ada kuasa yg membawa mereka tuk belajar dan terus belajar. Belajarlah, anda takkan rugi apa2 pun.

Peranan stesen2 tv jugak penting, tayangan filem dr luar negara akan lebih memberi panduan atau paling tidak pun tips2 ke arah penghasilan naskah yg lebih bermutu. Lihat saja filem2 dr Iran, Iraq, Bosnia (sekadar menyebut beberapa nama), filem mereka selalu memenangi hati juri2 di festival filem di luar negara. Tetapi kenapa filem2 dr seberang kebanyakannya dijadikan sogokan kepada anak bangsa kita? Apakah kos untuk mengimport filem atau drama mereka murah? Murah tetapi biar berkualiti, buka minda anda, buka mata anda.

Apa2 pun, harapan masih lagi ada untuk industri filem kita, yg lebih memaparkan wajah kita sendiri. Saya berharap agak tahun 2011 akan membuka lambaran baru kepada mereka ini.

Harus saya tegaskan ini hanyalah sekadar pendapat dan mungkin juga menyokong luahan penulis.

Sekian.

A Broken Piece of Glass said...

Aikkk!! Lagi panjang komen dari entry nih... melawan En. Cae nih.. hehe.. apapun, saya sangat bersetuju dengan pendapat anda.