Tuesday, January 4, 2011

Grand Slam!! Opening Act 2011

Semalam, lepas balik melepak dengan kawan aku kat Pandan Mewah, si Adan ajak aku pegi cruising some place, tapi aku nih agak penat (sebab pagi tu memasak nasi lemak dan bungkus dalam daun pisang sebanyak 79 bungkus as early as 4 am dan sebelum tu, tidur at 3am, akupun mencari mcm2 alasan. Tapi bila tau yang dia lately agak stressed-out with lots of things, kesian pulak. Terus ler aku mensuggest buat aktiviti lain yang aku rasa lebih relaxed. First, aku ajak dia tengok wayang, memandangkan panggung wayang dengan rumah kami tu hanya 5 minit jer. Bukak punya bukak website nak tengok citer apa yang tengah tayang skrg, 90% of the movie si Adan dah tengok (dia ni memang kaki wayang tegar... errr aku separuh tegar jer sbb aku baru tgk 60% cerita yang di tayangkan sekarang, sampai kalau korang perhati muka dia pun korang dah nampak mcm LED TV, sure kalau pasang Astro beyond, puashati korang tengok). Yang aku dan dia sama2 belum tengok cumer citer Tourist jer.. tapi memandangkan almost all reviews tentang this movie adalah tidak memberangsangkan (termasuk yang di ceritakan oleh Arip ngan Cak), kami decided to pass..

Teringat that earlier in the day, kami bercerita pasal bowling among us that sepanjang tahun 2009, memanjang aku kalah ngan si Adan ni. We always competing against ourselves, just for fun and bet benda yang mengarut ngarut yang tak boleh di dedahkan di sini. Hehe. Throughout 2010, aku conquer kebanyakan game yang kami main, thus the title dah berbalik pada aku. So aku suggest kami pegi main bowling ... kiranya opening Act untuk musim 2011 ler – LIGA K8-02-04. Call budak kat Ampang Superbowl, Ampang Point, tak angkat. Jadi gamble jerla pergi. Kami dah bincang, andai kata ada tournament malam tu, we will teruskan niat kami ker WangsaWalk aja. Lucky enough, walaupun ada tournament that night, masih ada lane kosong, so Zuriman placed us at far end for our own privacy! Berangan VVIPlah sangat kan?!!

The game begin... mcm ‘haramzade’ main. Hahahaha... bayangkan, dah lama tak main mcm beginner, tetiba malam tadi markah aku tak sampai seratus... gelak giler aku ... adik adik kat sebelah mcm kekwat jer sbb dorang dapat markah dalam 120... AJERR?!!! Tapi biasalah kan, resmi hero hero sedunia nih.. awal2 mcm ‘hangswa’, bila dah last last baru nak ok. Lepas tu terus ler nak menerjah ke angka 200 kan? Adik adik pun dah slowla sikit ke’eksyenan’nya!!. Tapi memandangkan game bowling ni ada Chroniclesnya, maka untuk yang pertama ni aku kalah di tangan Adan adanya... tapi dah resam hero kan, tadi rasmi ni resam pulak... last last nanti title Grand Slam ni, tetap akan jadi milik aku ... dengan Confidentnya.. amik semangat Azizulhasni Awang kanz?


Aksi bakal juara Musim 2011

Leburnya harapan Bekas juara yang kecundang!

(aiyooo perut aku dah mcm pin bowling dah)

2 comments:

Cae said...

hmmmm.. saya no komen.. heheheh...

MG said...

haramzade ni adek breadek ngan Sharazade?